Category: Personal

Berbalik Hati

Ikut saya…

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

Innalhamdalillah nahmaduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu. Wa na’udzubillahi min syururi anfusina wamin syaia’ti a’malina man yahdillahufala mudhillallah wa man yudhillahu fala haa diyalah.
Asyhadu allaa ilaaha illallahu wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduHu wa Rasuluh.

Allahumma solli wassalim wabaarik ala Sayyidina Muhammadin wa ‘ala alihi wa ashhabihi ajma’in.

(Rasa macam ustaz pulak bila buat speech mcm ni  hehe. Tu la awak Hafiz dulu orang bagi belajar agama biar pandai tapi awak main2. Taknak jadi cikgu la, taknak jadi ustaz la. Cuba tengok kawan2 kat maktab tu tak lama lagi keluar jadi ustaz…) 

Baik lah, kita sambung cerita kita…

Saudara, di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman, di dalam surah al-Baqarah ayat 216.

(216) كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌۭ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكْرَهُوا۟ شَيْـًۭٔا وَهُوَ خَيْرٌۭ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّوا۟ شَيْـًۭٔا وَهُوَ شَرٌّۭ لَّكُمْ ۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Bila Rindu Datang Bertamu

Rindu zaman seolah dulu-dulu

Assalamualaikum. Selamat bercuti bagi mahasiswa/wi  terutamanya mahasiswa/wi UTHM. Manfaatkan lah cuti semester anda dengan sebaiknya insyaAllah. Rindunya nak menulis macam zaman dulu-dulu. Rindunya nak jadi seorang “blogger”  yang aktif menulis macam dulu-dulu. (Tak kisah lah isu semasa atau perihal peribadi) Rindunya nak “outing” dengan bestfriend macam dulu-dulu.Rindunya nak kembali ke zaman sekolah menengah macam dulu-dulu. Sebaik sahaja pulang dari sekolah, solat, makan, tidur, kemudian “outing” dengan “bestfriend”. Pergi karaoke, (saya mula kenal erti karaoke masa form 4-5) makan apam balik, pisang goreng, air tebu, roti naan. Setiap satu makanan tu ada cerita nya yang tersendiri yang tak mungkin dapat saya lupakan.

Bila cuti semester bermula, saya pulang ke tempat lama, tempat kita sama-sama membesar dan gelak tawa, mula lah rindu  bertamu semula dengan kenangan lama mengusik jiwa. :-)

Kalau nak diceritakan semua, terlalu banyak perkara yang saya rindu nak lakukan bersama-sama kawan-kawan sewaktu masih di sekolah dulu. Walau apa pun, saya rindu dengan sahabat-sahabat saya yang paling saya rapat sewaktu dizaman sekolah menengah. Lebih-lebih lagi waktu cuti semester ni, balik kampung halaman, terkenang lah kenangan kisah silam, yang tak mungkin boleh padam.

Alkisah, terdapat 3 sekawan yang bernama Hafiz, Irfan, dan Neill (Ketua Kelas). Mereka merupakan pelajar yang amat pendiam, tapi bijak dan pintar! HAHA Pertemuan bermula apabila pada suatu hari seorang budak dari Pahang berpindah ke sekolah tempat Hafiz dan Neill belajar di Kuching, Sarawak. Pagi itu Hafiz datang agak lewat sedikit. Sebaik tiba di kelas, Hafiz dapati kerusinya hilang diambil orang. Maka disinilah bermula lah kisah..

Cuti Pertengahan Semester II UTHM

Alhamdulillah..

Masih diberikan nikmat kesihatan untuk menaip di blog ini. Agak lama jari saya tidak menaip di blog ini atas kekangan-kekangan yang tidak dapat dielakkan, ditambah pula dengan kesibukan serta komitmen baru sebagai seorang mahasiswa yang baru mendaftar di Universiti Tun Hussein Onn, Johor.

Setelah lebih kurang sebulan setengah berhempas pulas menggalas tanggungjawab sebagai mahasiswa baharu di UTHM, cuti pertengahan semester yang ditunggu-tunggu tiba juga akhirnya. Sememangnya saya tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman saya di Kuching Sarawak. Saya amat merindui suasana dan menghirup udara disana walaupun tidak layak digelar kampung halaman kerana kami sekeluarga tinggal di  taman perumahan. Namun ia cukup untuk merasakan rindu saya kepada keluarga disana. Pada mulanya saya merancang untuk menghabiskan cuti pertengahan semester selama seminggu di rumah kakak saya di Penang, tetapi akhirnya dengan takdir Allah yang maha Kuasa, Allah berikan peluang untuk saya pulang sekejap di Sarawak.

Sememangnya Allah tahu, apa yang ada di dalam hati hamba-hambaNya. Rindunya pada mereka disana. Rindu pada suasana, udaranya, orangnya, serta makanannya.

 (38)إِنَّ اللَّهَ عَالِمُ غَيْبِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi. sesungguhnya Dia mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. Al-Fathir : 38

Dan apa yang menarik lagi ialah, kakak saya yang di Penang juga turut akan pulang sebentar untuk bercuti di Kuching, Sarawak bersama anak-anak buah yang comel-comel. Ini termasuk juga kakak saya yang di Sabah turut pulang sebentar di tanah tempat kelahirannya bersama suaminya.

Selamat Pagi Januari !

Selamat Pagi Januari !

Akhirnya Januari menjelma lagi.
Semoga lebih berarti ! Hujan pun sudah berhenti.
Sang raja siang pun menampakkan diri.

Sesekali aku rindu akan pelangi pagi.
Selamat Pagi Januari !

Kuching, 1 Januari 2014
Hafiz
1030 AM
Selamat Pagi Januari !

Malam Hampir Tiba

Malam Hampir Tiba

Lirih-bergemericik
air mengalir di sela bebatuan
bening,
dan hening di kaki bukit

Kemarin
penggembala cilik tertidur
dalam dekap angin pohon cemara
dan nyanyian burung gereja

Dalam mimpinya ia bercanda
dengan bebatuan, nyiur dan seruling senja
hingga gemericik air membisikkan kata
pulanglah hai adik penggembala
sebentar lagi malam tiba

Jakarta, 29 Juli 2010

Puisi karya Susilo Bambang Yudhoyono

Segarkan Aku Wahai Tuhan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam bahagia. Apa khabar iman dan jasad anda semua? Alhamdulillah andai jasad nya sihat-sihat belaka. Syukur kerana masih diberikan kesempatan untuk menulis dan membaca di laman blog ini. Agak lama saya tidak menulis di laman sesawang ini sejak saya dibangku kuliah untuk berjuang menamatkan Diploma Kejuruteraan saya selama 3 tahun. Masih teringat lagi masa saya mula-mula menjejakkan kaki ke dunia blogging kira-kira 4 tahun yang lepas sejurus setelah saya menamatkan Sijil Peperiksaan Malaysia. Menjadi penulis blog sebenarnya amatlah seronok.

Sekali sekali saya melawat blog-blog rakan yang lain termasuk blog sendiri yang dah bersawang berkurun lamanya ini membangkitkan rasa rindu dengan dunia penulisan blog. Baik penulisan blog secara sempoi, mengulas tentang isu semasa, sukan, pendidikan mahupun mengarang bait-bait kata indah untuk memotivasikan diri sendiri. Terasa rindu juga dengan rakan-rakan blogger yang pernah sama-sama naik dan memulakan penulisan di alam maya ini. Ada yang sudah jadi makin berjaya dengan perniagaan di alam maya, ada juga yang dah jadi “novelis” ! Wow ! Amazing! Sungguh tak sangka. Hanya beberapa tahun sahaja mereka berjaya dengan dunia penulisna mereka bermula dari menulis bi blog sehingga menjadi penulis novel. Tak lupa juga kepada mereka yang menjalankan perniagaan di alam maya. Sungguh menakjubkan.

Semoga Tuhan segarkan saya untuk memulakan semula apa yang terhenti seketika. Untuk kembali menulis.Semoga Tuhan memberikan kekuatan dan semangat yang hilang seperti waktu mula-mula saya menjejaki dunia ini. Semoga Tuhan juga merahmati anda dan sesiapa sahaja yang pernah membaca atau melawati laman bog saya yang tak seberapa ini. Tak lupa juga kepada pembaca senyap di blog ini. Semoga Tuhan sembuhkan yang sakit, celikkan yang buta, dan kejutkan semula mereka yang terlena.

Salam hormat. :-) :-)

 

Selamat Tinggal Politeknik Kuching Sarawak. Kembali Berblogging

Alhamdulillah. Tamat sudah pengajian saya di Politeknik Kuching Sarawak dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Awam setelah 3 tahun saya menuntut disana. Seandainya keputusan semester 6 tiada paper yang sangkut, maka boleh lah saya istiharkan kemerdekaan saya sebagai pelajar dan bermulalah hari-hari saya sebagai seorang pengganggur terhormat sebelum menunggu keputusan kemasukan ke IPTA untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi di universiti.

Bersyukur sangat kepada Allah sebab sepanjang pengajian saya disana satu paper tak sangkut. Saya akui saya bukan lah seorang pelajar yang genius atau pandai, cuma saya hanyalah seorang pelajar yang biasa-biasa sahaja.

Pointer pun tak lah gempak mana cukup makan. Sekali saja saya dekan (AKJ Anugerah Ketua Jabatan)

Semoga cita-cita saya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Degree selepas Diploma kesampaian walaupun result tak berapa nak gempak. Mohon doa sahabat-sahabat semua ya.

Menghitung Hari Detik Demi Detik

Assalamualaikum sahabat-sahabat dan pembaca yang kasihi sekalian. Semoga sihat selalu hendaknya. Agak lama juga saya tidak mengemaskini blog peribadi saya yang tidak seberapa ini. Mungkin sudah dalam tiga bulan rasanya. Oleh kesibukan dalam mengejar dunia yang fana ini. Dunia yang tidak ada nilainya di sisi Allah hatta sebelah kepak nyamuk pun! Tahun ini genap umur saya mencapai 20 tahun. Satu usia yang saya harapkan lebih matang dari yang dulunya. Jika sebelum ini saya kerap mengemaskini blog peribadi ini dengan informasi, sukan, dan pelajaran, sekarang masanya untuk saya sedikit sebanyak memuatkan tentang perjalanan hidup seorang hamba Allah yang dahagakan cintaNya.

“Saat untuk ku menghitung hari agar segera latihan indutri ini tamat.. .agar aku segera kembali ke kuliah seperti hari-hari yang biasa.. .satu kehidupan yang pernah aku jalani dulu.. .”

Sudah 4 bulan saya menjalani latihan industri di tapak bina. Sebagai pelajar kejuruteraan mungkin itu suatu kebiasaan untuk belajar sesuatu yang baru di tapak bina. Terus terang saya katakan, sebagai pelajar kejuruteraan sememangnya saya pantas untuk memasuki tapak bina untuk belajar dengan lebih dalam lagi tentang ilmu kejuruteraan. Disana saya belajar banyak perkara yang tidak pernah saya bayangkan ketika di kuliah.

Oh man…what a Day!!

Oh man..what a day! What happened to my blog? Long time no update my blog till my blog become sick! The adsense ads cannot display. If display it only for a certain post. What a day. A whole day I work for it but I can’t solve the problem. I try my best until now I feel fed up for waiting this stupid thing to be solved. What happened to you my dear MDHAFiZ.NET? Since I last update and feed you up, it seems like you are become more stubborn than before. Before this I also need to face the same stupid problem and now you repeate it again! Oh what a day. What else you want from me my dear MDHAFiZ.NET? Come on MDHAFiZ! don’t give up with this!! Anyone can expalain this? Do you guys can see the adsense ads here?

Sitelink From Google For MDHAFiZ.NET!

After a week no updates from me, today I would like to share that  MDHAFiZ.NET has been rewarded again by Google after they upgraded my Google Pagerank from 0 to 2!  And today Google give me a Sitelink!! ( Google Sitelink). Today will going to be the first day of Ramadhan (Fasting Month). Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan! And today will going to be a very nice starting day for me to start blogging for this fasting month. I just noticed that Google already give the sitelink for me just after 2 months blogging with wordpress for my personal blog. Alhamdulillah.