Category: Informations

MB Baru Kedah Ahmad Bashah Ganti Mukhriz Mahathir

imageSejak beberapa minggu yang lepas isu ini hangat diperdebatkan di media sosial. Baik dari Pro Najib dan Pro Mahathir, masing-masing mempunyai pro dan con yang tersendiri. Bagi penulis, mana-mana sahaja pemimpin akan melakukan perkara yang sama untuk menghapuskan musuh-musuh politiknya. Itu lah politik. Kejam, namun ianya tidak banyak pilihan selain mengingkirkan.

Walau apa pun, kita tunggu dan lihat sahaja adakah tindakan ini berbaloi. Adakah ini menguntungkan UMNO?

Pengalaman Beli Domain .com.my

Logo FB ANzalaAssalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Apa khabar? Semoga sihat semuanya. Ini merupakan artikel pertama saya pada tahun 2016. Walaupun agak lambat kerana hari ni dah masuk 27 Januari. Birthday saya pun dah lepas beberapa hari yang lepas. ūüėÄ

Kali ini saya berkongsi pengalaman membeli domain name .com.my untuk website shopping online pertama saya iaitu Anzala SHOP. Mungkin ada yang sudah mengetahuinya pada artikel sebelum ini saya ada menulis mengenainya. Pada bulan pertama website saya siap sepenuhnya untuk beroperasi, keinginan untuk memiliki domain name dot com dot my itu semakin menebal lantaran sambutan yang agak memuaskan saya.

Anzala SHOP Gedung Jualan Maya Terbaru!

Logo FB ANzalaAssalamualaikum dan selamat sejahtera semua warga Malaysia! Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan nikmat kesihatan yang baik untuk terus menulis di laman blog ini. Kali ini saya akan menulis berkenaan satu website terbaru saya yang diberi nama Anzala SHOP.

Apa itu Anzala SHOP? Ianya adalah portal niaga dimana anda boleh membeli barangan yang anda perlukan hanya melalui atas talian, anda hanya perlu mengikut arahan-arahan sistem yang diberikan apabila anda menambah tempahan.

Harga Tambang LRT & Monorel Naik Mulai 1 November 2015

metd 1201 pg4 wpmono201214 pamellalim 1Terkini! Harga tambang LRT dan Monorel dikatakan bakal naik mulai 1 November 2015. Perkara itu telah disahkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan harga baharu bagi tambang LRT dan Monorel akan diumumkan selewatnya 31 Oktober 2015.

Iaitu sebelum fasa pertama projek sambungan LRT Ampang beroperasi. Fasa pertama menyaksikan empat (4) dari sebelas (11) stesyen iaitu di Awan Besar, Alam Sutera, Muhibbah, dan Kinrara BK5.

Keputusan Rayuan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik Premier Bagi Sesi Akademik 2015/2016


Keputusan rayuan untuk kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier bagi lepasan SPM/Setaraf boleh disemak melalui laman web UPU (Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar) . Anda juga boleh klik disini untuk semakan.

-Klik Disini Untuk Semak-

1 Minit Motivasi : Disaat Kita Jatuh

Hidup ini ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah.

Setiap orang daripada kita pasti pernah merasakan kekecewaan yang amat dalam dalam kehidupan kita. Kehidupan ini bagaikan roda yang berputar pada paksinya. Sering kali kita juga pernah jatuh, berputus asa dan berdukacita. Ini adalah lumrah kehidupan yang fana.

Namun ada insan yang bilamana Allah uji dengan tanggungjawab yang berupa ujian yang berat, mereka tidak boleh menerimanya, mereka jatuh, mereka tersungkur lantas mengakhiri kehidupan diri mereka dengan membunuh diri, tidak kurang juga dengan melakukan pelbagai lagi perbuatam yang pelik agar terlepas dari tanggungjawab itu.

Kursus Bina Website Al Mukhtar Center

Kursus Bina Website Al Mukhtar Center

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Adakah anda berminat untuk membina website atau blog sendiri? Namun anda tidak mempunyai asas dalam bidang  IT? Adakah anda mempunyai perniagaan yang sedang berkembang maju? Atau anda inginkan perniagaan anda lebih dikenali?

Permasaran atas talian  mungkin antara jawapan yang anda sendiri kurang pasti namun ianya terbukti sebagai medium untuk memasarkan produk anda di seluruh pelosok negeri mahupun ke peringkat antarabangsa.

Final Piala FA 2015 Kelantan Vs Lions XII

Perlawanan akhir Piala FA 2015 antara pasukan Kelantan FA menentang Lions XII Singapura akan berlangsung pada Sabtu 23 Mei 2015. Perlawanan akan bermula pada pukul 8.45 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dapatkan tiket anda secara online di sini ! 

Berikut merupakan harga tiket yang dijual untuk perlawanan akhir Piala FA 2015 Kelantan melawan Lions XII Singapore

  • Dewasa: RM40
  • Kanak-Kanak: RM5
  • Tarikh Mula Pembelian Tiket:¬†akan diumumkan FAM selepas mesyuarat pada 18 Mei 2015
  • Belian tiket secara online:¬†http://www.tickethotline.com.my/
  • Lokasi Penebusan Tiket: Stadium Nasional Bukit Jalil

Tarikh rasmi pembelian tiket perlawanan akhir Piala FA 2015 di antara Kelantan melawan Lions XII akan diumumkan FAM selepas mesyuarat khas pada 18 Mei 2015 bagi menetapkan venue, harga dan jumlah agihan tiket perlawanan akhir Piala FA 2015.

 

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik September 2014 (Pogram Sarjana Muda)


Kepada graduan politeknik seluruh Malaysia lepasan Diploma dan Diploma Lanjutan Politeknik yang layak dipelawa untuk memohon melanjutkan pelajaran ke program Sarjana Muda Politeknik Sesi September 2014.

Permohonan kini dibuka dan permohonan boleh dibuat dengan membeli Nombor Unik ID Kategori B berharga RM 15.60 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara. Nombor UNIK ID yang telah digunakan bagi permohonan kemasukan ke IPTA sesi akademik 2014/2015 masih boleh di guna pakai untuk permohonan ini.

Permohonan boleh dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian (e-Borang) yang akan dibuka pada 10 Julai 2014, jam 12.00 tengah hari sehingga 04 Ogos 2014.

Felixia Yeap Masuk Islam 3 Julai 2014 (5 Ramadhan 1435H)

Tarikh 3 Julai 2014 bersamaan 5 Ramadhan 1435H merupakan tarikh yang bakal menjadi sejarah yang tidak mungkin dilupakan oleh Felixia Yeap, seorang model profesional di Malaysia berketurunan cina yang banyak menghiasi majalah-majalah tempatan dan tidak kurang juga di peringkat antarabangsa. Tarikh tersebut merupakan dimana beliau akan secara rasminya akan menganuti ajaran Islam. Pengumuman tersebut  dibuat secara rasmi menerusi akaun Facebook Felixia Yeap pada 27 Jun 2014.

Tarikh  tersebut dipilih kerana pada tarikh itu juga merupakan hari ulang tahun kelahirannya. Berita gembira itu juga disambut baik oleh ribuan umat Islam di Malaysia khususnya. Tahniah diucapkan kepada Felixia Yeah. Semoga beliau nanti akan menjadi seorang Islam yang menjalani kehidupan seperti seorang Islam yang sebenar-benarnya. Semoga beliau juga menjadi seorang wanita solehah kelak. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah SWT. Dia memebrikan kepada sesiapa sahaja yang Dia inginkan. Dan kewajiban kita hanya lah menyampaikan.