Permohonan Program Ijazah Luar & Dalam Negara Tajaan MARA 2012

MARA menawarkan pinjaman pelajaran boleh ubah kepada pelajar cemerlang lepasan SPM
2011 di bawah Program Ijazah Luar & Dalam Negara dan Program Cemerlang IPMa 2012 yang
akan mengikuti pengajian peringkat persediaan terlebih dahulu di pelbagai institusi dan bidang
yang ditetapkan MARA.

Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian “online” di laman web rasmi MARA¬†mulai 16 April 2012 sehingga 22 April 2012. ¬†Setiap permohonan yang lengkap perlu dicetak sebaik sahaja permohonan atas talian dibuat dan dihantar ke alamat seperti yang tertera di bawah :

 

Program Khas Lepasan SPM 2011
Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur.

Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu diterima MARA sebelum atau pada 25 April 2012. Manakala keputusan sama ada anda layak untuk dipanggil temuduga untuk prggram tajaan MARA ini boleh disemak di laman web rasmi MARA mulai 7 Mei 2012. Dan keputusan pemohon yang berjaya setelah ditemuduga untuk mengikuti program ini akan boleh disemak mulai 15 Mei 2012 juga melalui laman web rasmi MARA.

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari laman web rasmi MARA.

 

4 Responses to Permohonan Program Ijazah Luar & Dalam Negara Tajaan MARA 2012

  1. muazfaris says:

    info terhangat… byk nye tag tu.

    [Reply]

  2. yas says:

    Wahh…bagus dah nih…harap2 memana yg cemerlang tu apply cepat2….kang kouta habis lak kang…

    [Reply]

  3. sjiehan says:

    untuk lepasan diploma boleh aplly jugak ke?

    [Reply]

    MDHAFiZ.NET Reply:

    ini utk lepasan spm 2011 .. . :)

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge