Cuti Pertengahan Semester II UTHM

Alhamdulillah..

Masih diberikan nikmat kesihatan untuk menaip di blog ini. Agak lama jari saya tidak menaip di blog ini atas kekangan-kekangan yang tidak dapat dielakkan, ditambah pula dengan kesibukan serta komitmen baru sebagai seorang mahasiswa yang baru mendaftar di Universiti Tun Hussein Onn, Johor.

Setelah lebih kurang sebulan setengah berhempas pulas menggalas tanggungjawab sebagai mahasiswa baharu di UTHM, cuti pertengahan semester yang ditunggu-tunggu tiba juga akhirnya. Sememangnya saya tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman saya di Kuching Sarawak. Saya amat merindui suasana dan menghirup udara disana walaupun tidak layak digelar kampung halaman kerana kami sekeluarga tinggal di  taman perumahan. Namun ia cukup untuk merasakan rindu saya kepada keluarga disana. Pada mulanya saya merancang untuk menghabiskan cuti pertengahan semester selama seminggu di rumah kakak saya di Penang, tetapi akhirnya dengan takdir Allah yang maha Kuasa, Allah berikan peluang untuk saya pulang sekejap di Sarawak.

Sememangnya Allah tahu, apa yang ada di dalam hati hamba-hambaNya. Rindunya pada mereka disana. Rindu pada suasana, udaranya, orangnya, serta makanannya.

 (38)إِنَّ اللَّهَ عَالِمُ غَيْبِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi. sesungguhnya Dia mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. Al-Fathir : 38

Dan apa yang menarik lagi ialah, kakak saya yang di Penang juga turut akan pulang sebentar untuk bercuti di Kuching, Sarawak bersama anak-anak buah yang comel-comel. Ini termasuk juga kakak saya yang di Sabah turut pulang sebentar di tanah tempat kelahirannya bersama suaminya.

Semakan Keputusan Permohonan Ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Semakan Keputusan Permohonan Ke UTHM Ambilan Sesi ke -2 khas bagi (Pogram Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) lepasan Diploma Politeknik/IPTA boleh mula disemak di laman web UTHM pada 30 Januari 2014. Permohonan ini adalah dibawah Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional UTHM, dan kemasukan diurus sendiri oleh UTHM tanpa melalui UPU. Tahniah kepada mereka berjaya ditempatkan di UTHM

- Klik Disini Untuk Semakan Permohonan Ke UTHM-

Selamat Pagi Januari !

Selamat Pagi Januari !

Akhirnya Januari menjelma lagi.
Semoga lebih berarti ! Hujan pun sudah berhenti.
Sang raja siang pun menampakkan diri.

Sesekali aku rindu akan pelangi pagi.
Selamat Pagi Januari !

Kuching, 1 Januari 2014
Hafiz
1030 AM
Selamat Pagi Januari !

Malam Hampir Tiba

Malam Hampir Tiba

Lirih-bergemericik
air mengalir di sela bebatuan
bening,
dan hening di kaki bukit

Kemarin
penggembala cilik tertidur
dalam dekap angin pohon cemara
dan nyanyian burung gereja

Dalam mimpinya ia bercanda
dengan bebatuan, nyiur dan seruling senja
hingga gemericik air membisikkan kata
pulanglah hai adik penggembala
sebentar lagi malam tiba

Jakarta, 29 Juli 2010

Puisi karya Susilo Bambang Yudhoyono

Segarkan Aku Wahai Tuhan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam bahagia. Apa khabar iman dan jasad anda semua? Alhamdulillah andai jasad nya sihat-sihat belaka. Syukur kerana masih diberikan kesempatan untuk menulis dan membaca di laman blog ini. Agak lama saya tidak menulis di laman sesawang ini sejak saya dibangku kuliah untuk berjuang menamatkan Diploma Kejuruteraan saya selama 3 tahun. Masih teringat lagi masa saya mula-mula menjejakkan kaki ke dunia blogging kira-kira 4 tahun yang lepas sejurus setelah saya menamatkan Sijil Peperiksaan Malaysia. Menjadi penulis blog sebenarnya amatlah seronok.

Sekali sekali saya melawat blog-blog rakan yang lain termasuk blog sendiri yang dah bersawang berkurun lamanya ini membangkitkan rasa rindu dengan dunia penulisan blog. Baik penulisan blog secara sempoi, mengulas tentang isu semasa, sukan, pendidikan mahupun mengarang bait-bait kata indah untuk memotivasikan diri sendiri. Terasa rindu juga dengan rakan-rakan blogger yang pernah sama-sama naik dan memulakan penulisan di alam maya ini. Ada yang sudah jadi makin berjaya dengan perniagaan di alam maya, ada juga yang dah jadi “novelis” ! Wow ! Amazing! Sungguh tak sangka. Hanya beberapa tahun sahaja mereka berjaya dengan dunia penulisna mereka bermula dari menulis bi blog sehingga menjadi penulis novel. Tak lupa juga kepada mereka yang menjalankan perniagaan di alam maya. Sungguh menakjubkan.

Semoga Tuhan segarkan saya untuk memulakan semula apa yang terhenti seketika. Untuk kembali menulis.Semoga Tuhan memberikan kekuatan dan semangat yang hilang seperti waktu mula-mula saya menjejaki dunia ini. Semoga Tuhan juga merahmati anda dan sesiapa sahaja yang pernah membaca atau melawati laman bog saya yang tak seberapa ini. Tak lupa juga kepada pembaca senyap di blog ini. Semoga Tuhan sembuhkan yang sakit, celikkan yang buta, dan kejutkan semula mereka yang terlena.

Salam hormat. :-) :-)

 

Keputusan Rayuan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Politeknik (Sepenuh Masa) Sesi 2013


Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Politeknik (Sepenuh Masa) Sesi 2013. Kepada calon-calon yang telah membuat rayuan boleh menyemak keputusan mulai 23 Ogos 2013 jam 12.00 tengahari di laman web Politeknik.

 Tahniah kepada mereka sekiranya berjaya ditawarkan tempat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Politeknik. Ini merupakan julung kalinya pengambilan pelajar untuk mengikuti pembelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan oleh Politeknik Malaysia mengikut program-program tertentu yang ditawarkan oleh Politeknik Malaysia. Sebagai lepasan politeknik, ini adalah satu usaha yang sangat baik untuk pelajar lepasan politeknik menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Dalam Mihrab Cinta The Series (Sinetron) Di Astro Pelangi 142

Drama Dalam Mihrab Cinta adalah merupakan satu drama yang di tanyangkan di Astro Pelangi 142  INDO PEK. Drama lanjutan dari Film Dalam Mihrab Cinta ini mengisahkan liku kehidupan seorang mubaligh muda yang bernama Syamsul (Dude Harlino). Drama ini (sebanyak 49 episode)  menggandingkan dua pelakon ternama Indonesia, Dude Harlino dan Meyda Sefira, sebagai suami isteri.

Saksikan sebuah lagi drama yang Islamik dari Indonesia ini di Astro Pelangi INDO PEK, sebuah drama lanjutan dari Filem Dalam Mihrab Cinta yang di adaptasi dari sebuah novel terkenal yang ditulis oleh Habiburrahman El Shirazy ini. Bermula dari 3 June 2013.

Masa Tayang : Setiap Malam Isnin – Khamis Jam 8.00-9.00  (Waktu Malaysia)

Siaran Ulangan: Setiap Pagi Isnin – Khamis Jam 9.00-10.00 & 3.15 – 4.15 Petang

SINOPSIS: 

Setelah menikah,SYAMSUL (Dude Harlino)dan ZIZI (Meyda Sefira) tinggal di Jakarta. Syamsul menjadi mubaligh muda yang terkenal. Posisinya sebagai pengisi siraman rohani di EDUTV semakin kuat. Nama Syamsul semakin bersinar. Zizi dengan kedalaman ilmu agamanya menjadi tempat berteduh Syamsul yang kokoh di saat suka maupun duka.

International Friendly Match 2013 : Indonesia Vs Netherlands

International Friendly Match 2013.

Indonesia vs Netherlands

Venue: Gelora Bung Karno Stadium

Date: 7th June 2013

Kick-off: 2130

First Half:

Indonesia 0 – 0 Netherlands

Second Half

Indonesia 0 – 3 Netherlands

S. De Jong (NED) 56′ 67′

A. Robben (NED) 89′

Fulltime:

Indonesia 0 – 3 Netherlands

Buat Duit Dengan AssignJobs

Dunia terasa semakin kecil dengan kehadiran teknologi. Kehidupan menjadi lebih mudah. Pernahkah anda mendengar pendapatan melalui internet? Jika ya maka anda merupakan seorang pengguna teknologi dan internet yang peka dan pengguna yang baik. Kali ini saya ingin kongsikan satu cara untuk memulakan kerja di atas talian “online” dengan AssignJobs.

AssignJobs membolehkan anda untuk mendapatkan wang sampingan di rumah dengan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh mereka mengikut pilihan anda. Anda akan dibayar setiap tugasan yang telah disiapkan. 

Piala FA Malaysia 2013: Pahang Vs Johor Darul Takzim (Perlawanan Tertunda)

Pahang vs Johor Darul Takzim

Venue: Bukit Jalil National Stadium

Date: 1st June 2013

Kick-off: 0845 PM

Separuh Masa Pertama:

Pahang 2 – 0 Johor Darul Takzim

Matias Conti (PAH) 2′ 40′

Masa Kedua

Pahang 2 – 1 Johor Darul Takzim

Andrezinho (JDT) 48′

Fulltime:

Pahang 2 – 1 Johor Darul Takzim

Aggregate 2- 2 . Johor Darul Takzim menang mengikut kiraan gol di tempat lawan